Drama Luna Elvira lakonan Ruhainies

Luna Elvira

Sinopsis penuh drama Luna Elvira, dia seorang gadis yang ceria, walaupun tidak cemerlang di sekolah dia disenangi rakan-rakannya kerana sikapnya yang sutra membantu. Tiada siapa menduga, dengan senyuman manis yang tak lekang di bibir gadis kecil molek ini sebenarnya memendam duka.

Fizikal dan mentalnya terdera apabila melihat ayahnya iaitu Ammar, seorang pemandu teksi selalu memukul ibunya, Zaleha tanpa betas kasihan. Malahan, Luna dan adiknya juga menjadi mangsa bagi melempiaskan amarah bapanya itu. Seringkali melihat ibunya dipukul oleh ayahnya, Luna mendidik hatinya bahawa dia juga perlu kuat dan tabah seperti ibunya yang masih bertahan walaupun telah dihina, diherdik dan didera oleh ayahnya.

Tamat persekolahan, Luna membantu ibunya berniaga nasi lemak. Suatu hari, kedainya dikunjungi oleh jutawan muda yang kacak dan dikenali, Fattah Azim. Pertama kali melihat Luna, hati Fattah Azim telah tertarik. Hampir setiap hari Fattah akan singgah di gerai Luna untuk membeli nasi lemak. Fattah yang jatuh cinta pandang pertama nekad untuk melamar Luna sebagai isterinya walaupun jarak usia mereka agak berbeza.

Ruhainies

Pada mulanya, bahtera perkahwinan mereka bertayar indah. Fattah bersikap romantis dan dan menyayangi Luna. Namun, masuk tiga bulan usia perkahwinan mereka, Fattah mula menunjukkan belangnya. Fattah sudah mula mengherdik dan memalukan Luna di hadapan rakan-rakannya.

Pada mulanya, Luna merasakan itu mungkin gurauan Fatah bersama rakan-rakannya. Lama kelamaan, Fattah sudah mula berani memukul Luna hanya kerana dia cemburu dengan Luna yang semakin mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakannya.

Luna tidak menyangka apa yang menimpa ibunya turut terjadi kepada dirinya. Dia turut menjadi mangsa amarah Fattah Namun di depan khalayak, Fattah menunjukkan yang dia seorang suami penyayang dan bapa yang mithali.

Atas bantuan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dia telah mendengar penerangan dan mendapat bantuan bagi dia bangkit melawan semula kehidupannya itu.

Baginya, kehidupan yang terseksa bukanlah sebuah kehidupan. Bagaimanakah nasib Luna? Dapatkah dia lari dari kekejaman suaminya sendiri?

Saksikan Luna Elvira yang dilakonkan oleh Ruhainies, Syazuwan Hassan, Amyza Adnan, Nadia Aqilah dan ramai lagi dalam slot Skrin Di 9, 14 November, jam 8.30 malam hanya di TV9.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar