Kad Kahwin Amar Baharin dan Amyra Rosli

Amar Amyra Kad Kahwin

"Alhamdulillah, setakat ini semua persiapan lancar cuma tinggal beberapa perkara kecil saja. Keluarga kami banyak membantu kerana kami sibuk dengan jadual kerja yang padat. "Doakan semuanya mengikut perancangan. Saya bakal berangkat ke Dubai, Khamis ini untuk penggambaran drama bersiri, Isteri Tuan Ihsan," kata Amyra.

Bakal raja sehari, Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, mula mengedarkan kad undangan perkahwinan mereka kepada kenalan, sanak-saudara dan media. Kad undangan berwarna lembut dengan rekaan ringkas itu memaparkan aksi Amar dan Amyra saling berpandangan, sambil Amyra memegang sejambak bunga dalam persalinan pengantin yang cantik.

Kad yang diterima BH antara lain menyebut majlis resepsi pihak pengantin perempuan akan diadakan di Grand Ballroom, Premiera Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada jam 8.30 malam 12 November depan.

Mengikut perancangan, Amar dan Amyra akan bernikah sehari sebelum majlis resepsi. Pada 19 November pula, majlis bertandang sebelah keluarga Amar akan berlangsung. Teka teki hubungan Amyra dan Amar menemui titik noktah apabila pasangan itu membuat sidang media khas mengumumkan tarikh pertunangan mereka.

Majlis pertunangan Amyra dan Amar diadakan secara tertutup pada 22 Julai lalu di Sunway Montana, Desa Melawati, Kuala Lumpur. Pada majlis itu, Amar menyerahkan lima dulang hantaran termasuk cincin dan dibalas tujuh oleh pihak perempuan. - BHarian

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar