Konsert Rapatkan Saf sempena sambutan Maal Hijrah

Saf

“Konsert Rapatkan Saf ini bukan saja mampu menyajikan persembahan berbentuk Islamik dan hiburan moden selari dengan era globalisasi buat penonton. Pada masa sama gabungan semua saluran utama dalam menyiarkan konsert ini serentak adalah simbolik terbaik untuk menggambarkan konsep merapatkan saf, berganding bahu saling membantu sesama rakan industri penyiar negara, barisan artis dan pekerja dalam parameter syariat,” katanya.

Sajak Umm - Fynn Jamal
Video KRSaf

Mengetepikan prinsip dan kepentingan masing-masing, TV AlHijrah akan bekerjasama dengan rakan penyiar utama TV1, TV9, HyppTV (113), BERNAMA TV, Astro Oasis dan saluran radio IKIM.fm untuk tayangan Konsert Rapatkan Saf secara langsung daripada AlHijrah Big Studio (ABC) di Cyberjaya jam 9 malam Ahad ini.

Konsert yang menampilkan penyanyi popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Ramli Sarip, Mawi, Tomok, Syamsul Yusof, Heliza, Hazwani, personaliti TV Mat Dan dan Ustaz Don Danial serta penyanyi Indonesia, Opick itu diadakan sempena sambutan ulang tahun keenam TV AlHijrah dan Maal Hijrah.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Izelan Basar berkata, kerjasama itu bukanlah soal rating tetapi untuk kepentingan ummah dan faedah semua penonton.

“Jika mana-mana stesen TV mendapat rating yang tinggi pada malam itu, ia adalah rezekinya kerana Allah SWT akan bahagikan bahagian masing-masing,” katanya.

Menurut Izelan, ketika dia merancang mengadakan konsert itu memang tidak terfikir langsung mengenai bajetnya.

“Ini kerana saya yakin dan percaya kalau kita bekerja kerana Allah SWT pasti Dia akan tolong. Semua stesen TV bersatu kerana agama dan kami tidak pernah persoalkan bajet tetapi semangat jati diri.

“Stesen TV yang terbabit dalam penyiaran konsert itu masing-masing menyumbang dalam pelbagai bentuk. Artis serta selebriti terbabit juga menyumbangkan tenaga mereka secara percuma,” katanya.

Izelan berkata, setiap stesen TV menghantar personaliti mereka bagi menjayakan konsert itu dan TV AlHijrah tidak mengehadkan berapa ramai kerana apa yang dilakukan itu kerana Allah SWT.

“Jadi siapa saja yang mahu menyumbangkan tenaga mereka kerana Allah SWT, kami tidak akan menghalang. Sekiranya dengan adanya pertambahan artis dan selebriti melebihi jangka masa dua jam konsert itu, TV AlHijrah akan teruskan persembahan sehingga jam 12 malam.

“Bagaimanapun, siaran konsert di stesen TV lain akan berakhir pada jam 11 malam kerana kami faham mereka terikat dengan iklan dan sebagainya,” katanya.

Konsert Rapatkan Saf mengangkat tema Maal Hijrah dengan menggabungkan nyanyian, qasidah, syair, puisi, zikir munajat dan lakonan pendek dalam menyampaikan mesej Islam adalah agama keamanan dan penyatuan. - HMetro

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar