Michael Ang terima kritikan

Suri Hati

"Saya mengkaji setiap watak yang saya berikan kepada pelakon. Sebagai juruterbang kalau sekadar bekerja untuk perjalanan dalam negara adalah perkara biasa jika mereka pulang ke rumah setiap hari.

Penerbit dan pengarah drama bersiri popular Suri Hati Mr Pilot, Michael Ang mengakui dia sentiasa membuat kajian terhadap sesuatu watak yang bakal dilakonkan oleh pelakon di bawah arahannya.

Ditanya mengenai komen peminat di laman sosial yang menghentam watak Fattah Amin sebagai 'pilot' atau juruterbang yang bekerja seperti waktu pejabat di dalam drama berkenaan, Michael berkata, dia tahu jadual kerja juruterbang dan bukannya sepanjang masa tidak pulang ke rumah.

“Ada juga babak yang saya tonjolkan Fattah tidak pulang ke rumah dan Neelofa pulang ke rumah ibu bapanya. Sepupu saya juga seorang juruterbang dan saya tahu jadual kerjanya bagaimana,” katanya.

Michael berkata, ada segelintir peminat yang terlalu taksub dengan sesebuah drama hingga setiap perkara mereka ambil kira.

“Drama ini hanya 16 episod dan saya tidak boleh bercerita terlalu teliti mengenai kerjaya seorang juruterbang. Drama ini lebih kepada kisah hidup Ejaz dan Warda. Kalau hendak cerita keseluruhan kisah juruterbang baik saya buat tajuk cerita Kisah Hidup Seorang Juruterbang saja," katanya.

Michael berkata, dia sentiasa terbuka dengan setiap teguran peminat. Sesiapa yang memberikan komen positif, dia mengucapkan terima kasih dan yang menghentam dan memberi kata-kata negatif dia tetap terima dan akan memperbaiki untuk drama-dramanya pada masa akan datang.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar