Niezal, Nasrul, Saiful, 3 Peserta Akhir Da'i 2016

Pendakwah Nusantara

Pentas akhir Da'i Pendakwah Nusantara yang akan diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, antara lain menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM50,000, pakej umrah untuk dua orang dan trofi kepada juara.

Tiga peserta musim keempat program realiti anjuran TV3, Da'i Pendakwah Nusantara diumumkan mara ke pentas akhir, Ahad depan. Mereka yang bakal bersaing adalah Mohd Sufwan Niezal Sabri, 19, atau Da'i Niezal dari Terengganu; Muhammad Nasrul Nizam Zamry, 20, atau Da'i Nasrul dari Kelantan dan Mohamad Saiful Marzuki, 18 (Da'i Saiful) dari Pulau Pinang.

Da'i Saiful turut diumumkan sebagai Da'i Pilihan Penonton pada pusingan separuh akhir di sini, malam tadi.

Program realiti ini menyaksikan pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor sebagai hos dengan dibantu personaliti TV3, Zainal Ariffin Ismail.

Pendakwah dan tokoh agama, Datuk Ustaz Kazim Elias bertindak sebagai ketua mentor yang memantau prestasi peserta Da'i. Kazim turut dibantu dua Murabbi, Ustaz Zul Mohamad Razali dan Dr Robiah K Hamzah. Da'i Pendakwah Nusantara musim keempat dibawa Almas Beauty & Health Penghulu Segala Produk yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, setiap Ahad. - BHarian

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar