Konsert Gegar Vaganza Musim 3 (2016)


Program Gegar Vaganza Musim 3 masih mengekal Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacaranya manakala Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim kekal sebagai juri profesional. Sama seperti dua musim terdahulu, GV3 tidak menggunakan khidmat penonton sebagai juri sebaliknya 100 peratus daripada juri profesional. GV3 akan memulakan konsert pertama pada 16 Oktober ini, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria 104 dan HD 123.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 3

  1. Ameng Spring
  2. Intan Sarafina
  3. Gmie Screen
  4. Azharina
  5. Razif Ismail - tersingkir minggu 2
  6. Shidee Data - tersingkir minggu 5
  7. Rem - tersingkir minggu 3
  8. Zur Eda - tersingkir minggu 6
  9. Elly Mazlein - tersingkir minggu 4
  10. Zarul Umbrella
  11. Siti Sarah
  12. Nora - tersingkir minggu 7

Minggu 1Minggu 2Minggu 3Minggu 4Minggu 5Minggu  6Minggu 7
Minggu 8

Lain-Lain



Siapakah peserta favorate anda yang akan merangkul juara GV3 kali ini? jom jangan terlepas ikuti konsert mereka hingga ke final yo!.

Tiada sebarang konspirasi ataupun sikap pilih kasih berlaku ketika proses pemilihan peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) tahun ini diadakan. Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, berkata kriteria pemilihan peserta adalah sama pada setiap musim dengan seseorang penyanyi harus mempunyai lagu hit selain berupaya menyanyi secara 'live'.

"Cuma, kali ini ada kuota tertentu yang perlu diberikan perhatian. Maya pula tidak berjaya kerana dia tidak melepasi syarat ditetapkan. Begitupun, saya tidak boleh memperincikan satu persatu perkara berkenaan.

"Jika dirinya menganggap faktor menjadi duta produk sebagai alasan tidak dipilih, ia tidak benar kerana Jihan (Muse) juga duta produk lain, tetapi masih menjadi pengacara GV3," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 12 peserta rancangan terbabit.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Mya yang antara lain mempersoalkan kriteria pemilihan yang disifatkannya sebagai kabur dan mengelirukan. Kenyataan penyanyi Matahari itu disiarkan BH Online, hari ini.

Maya Terkilan

Penyanyi terbabit juga terkilan yang dengan cara penganjur memberikan layanan selepas menjayakan uji bakat rancangan terbabit, bagi musim kedua dan ketiga. Menurut Raqim, peluang Maya untuk bertanding pada musim hadapan bagaimanapun masih terbuka.

"Saya harap janganlah ada pihak yang berkecil hati. Peluang untuk bertanding masih ada. Kami takkan senarai hitamkan Mya walaupun dia mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya. Mengenai tindakan Astro yang tidak memaklumkan lebih awal keputusan uji bakat kepada mereka yang mengambil bahagian, Raqim berkata, ia prosedur biasa selain bagi mengelakkan keputusan bocor sebelum tibanya waktu pengumuman rasmi.

Dalam pada itu, Azharina, 31, yang juga juara Bintang RTM 2001 menyifatkan lima peserta wanita lain adalah bagus. Dia sama sekali tidak menjadikan keunikan vokal dimilikinya sebagai satu kelebihan untuk menidakkan kemampuan peserta lain.

“Saya percaya ketika ini mereka sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu. Jadi saya tak boleh terlalu selesa dengan apa yang ada. Pada kedudukan sekarang saya masih lagi belajar vokal dengan komposer Julfekar.

“Jika bercakap soal persaingan sengit daripada peserta wanita, tak boleh juga kerana peserta lelaki juga memiliki kelebihan tersendiri,” katanya.

Azharina Tidak Gentar

Azharina yang mesra disapa Nina juga tidak gentar bersaing dengan rakan baiknya, Siti Sarah. Menurut Nina, di luar pertandingan mereka tetap bersahabat dan ketika bertanding kedua-duanya perlu fokus pada persembahan.

Sementara itu, Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan berkata, dia sudah mempersiapkan diri dari semua segi.

“Semua sedia maklum saya ibu kepada tiga anak. Sejak ada anak, saya tak pernah cukup tidur. Jadi itu antara faktor kenapa saya sukar mendapatkan semula stamina.

“Namun, sejak merancang nak tampil dengan single terbaru, saya nekad untuk berubah dan mencari rentak semula. Alhamdulillah, saya sedikit demi sedikit sudah mendapatkannya semula,” katanya yang turut mempersiapkan diri dengan mengikuti kelas vokal daripada penyanyi Ernie Zakri.

Nora Tertekan

Nora yang sejak kebelakangan ini aktif menyanyikan lagu berunsur ketuhanan mengakui berada dalam tekanan ekoran harapan yang diletakkan kepadanya.

“Daripada awal lagi terlalu banyak sokongan yang diberikan, malah besar harapan mereka untuk melihat saya melangkah lebih jauh. Sedikit sebanyak perkara itu memberi tekanan buat saya.

“Namun, apa yang ingin dilakukan adalah memberikan persembahan terbaik. Saya tak nak terlalu meletakkan harapan tinggi kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sejujurnya saya berharap dapat ke peringkat akhir,” katanya.

Nora yang popular menerusi lagu Persimpangan Dilema menganggap mutu persembahan adalah parkara utama yang perlu dinilai.

“Tidak dinafikan semua peserta wanita memang bagus, malah sepanjang berada dalam industri muzik saya mendengar lagu mereka dan saya juga pernah sepentas dengan mereka. Jadi, saya sudah tahu kelebihan dan kemampuan setiap orang.

“Dalam soal ini saya tak boleh nak kata siapa hebat dan tidak. Vokal setiap daripada mereka unik dan bagus. Pendek kata saya memang suka. Cuma apabila bermulanya pertandingan nanti, baru penonton dapat melihat persaingan sebenar,” katanya.

Siti Sarah Bersaing

Penyanyi yang pernah bergelar Artis Baru Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2003, Siti Sarah juga mengakui peserta wanita bakal memberikan saingan sengit pada GV3 ini.

“Mereka adalah idola saya dan mereka memiliki mutu vokal yang bagus. Mana mungkin saya boleh memandang kehadiran mereka sebagai peserta biasa.

“Pendek kata, ia meletakkan saya pada kedudukan yang sengit dalam memberikan persembahan terbaik. Pada masa sama, perkara itu membuatkan saya sedikit tertekan. Bukan apa, saya pernah berhenti menyanyi selama enam tahun.

“Jadi untuk mendapatkan stamina seperti dahulu susah. Boleh dikatakan keadaan saya sekarang jauh berbeza dengan dahulu. Cuma apa saya boleh lakukan adalah mencuba yang terbaik,” katanya.

Zarul Saingan Peserta Wanita

Sementara itu, Zarul turut bersetuju apabila dikatakan saingan sengit datang daripada enam peserta wanita terbabit.

“Siapa yang boleh menafikan kehebatan vokal Nora, Sarah, Zur Eda dan Azharina. Mereka bukan saja cemerlang dalam genre masing-masing, malah berkeupayaan menyanyikan lagu daripada genre lain.

“Bukan saja saya, malah orang lain pasti berpendapat sama. Pada masa sama, perhatian patut diberikan kepada peserta lelaki juga. Mungkin di pentas GV ini baru masing-masing mempamer kelebihan vokal yang dimiliki,” katanya.

Saksikan nanti Konsert Gegar Vaganza setiap minggu hari Ahad 9 malam di saluran Astro Ria.

+ comments + 27 comments

5 Oktober 2016 9:17 PTG

Siti sarah nora elly mazlien ada potensi...

17 Oktober 2016 4:13 PTG

PATUT SHAARI AMRI JADI JURI TETAP...

2 November 2016 3:02 PG

Azharina Azhar penyanyi versatile,keunikan suara lain daripada yg lain, dan bijak membawa personaliti tersendiri dlm setiap lagu yg dibawa.

2 November 2016 10:56 PG

sarah,zarul&azharina ada potensi utk ke final...kak elly pun ok jg cuma dia x brpa sihat jd psembahan kurang menyengat hehe

2 November 2016 6:51 PTG

Elly mazlein...layak ke finalll

2 November 2016 7:59 PTG

Shidi data terbaik... vokal masih mantap seperti dulu... saya sokong anda...
By suppoter wan dj ...

2 November 2016 9:21 PTG

shidi memang terbaikk....

3 November 2016 11:05 PG

Shidi data tetap yg terbaik...

3 November 2016 11:38 PG

Elly mazlein terbaek die mmg best suara die mmg mntap

3 November 2016 1:25 PTG

Gmie screen best.. suara unik dan lain dr yg lain

3 November 2016 5:42 PTG

tahun depan panggilah aris ariwatan ,, banyak lg yg lama2..btw suke siti sarah

3 November 2016 10:32 PTG

Shidi data terbaik juara

4 November 2016 7:29 PG

Shidi Data is the best

4 November 2016 8:30 PTG

Nora pun layak jugak ke final, dia penyanyi legend jugak, jom pakat undi Nora sampai masok final 😘

6 November 2016 2:15 PG

100% juri yg tentukan..jika undian peminat mmg lingkuplah penyanyi yang bersungguh byat persembahan dan kelainan...

7 November 2016 12:26 PG

Alaaa.... Elly da tersingkir ... saya suka tgk elly ...tapi sayangnya terlalu awal ...

8 November 2016 2:26 PTG

klo juri hipokrit tak suka penyanyi....mcm mna skli pn bagus nya penyanyi itu menyanyi..tak bolih menang coz 100% d tentukan olih juri

8 November 2016 7:16 PTG

OF COURSE SITI SARAH!! SELALU BAWA KELAINAN. ZARUL NOT BAD JUGA.

14 November 2016 1:00 PTG

Ameng punya kekuatan vokal tersendiri...go ..go...ameng

14 November 2016 1:55 PTG

Gmie. GIFTED!

21 November 2016 8:00 PTG

Zarul umbrella the best ������

27 November 2016 1:16 PG

Elly Mazlin suara sgt lunak mmg bagus sygnya dh terkeluar, skrg the best is Siti Sarah, Gmie & Azharina.

28 November 2016 1:31 PG

Azharina konsisten sngt layak ke final dan menang

29 November 2016 4:08 PTG

Minggu semi final... Ameng menang dihati saya.

4 Disember 2016 9:55 PTG

intan sarafina..minggu nie nyanyian nye yg terbaik....semoga menjadi juara.

4 Disember 2016 10:22 PTG

zarul...terbaik lah. sungguh menkagum kan malam ni

6 Disember 2016 8:17 PG

shidi data vokal mantap...tapi???!!!

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar