Amar Amyra sah bergelar suami isteri


Pasangan pelakon popular Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz tepat jam 5.15 petang tadi.

Walimatulurus Amar & Amira
Episod 1 - 12/11/2016
Episod 2 - 19/11/2016
Episod 3 - 26/11/2016

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 22 Julai lalu itu dinikahkan bapa Amyra atau nama penuhnya Nur Amirra Izzati, Rosli Awang, dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Amar Amyra

Amyra yang tampil anggun dengan busana rekaan Rizman Ruzaini menerima mas kahwin RM1,111 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh kepada Amar. Majlis pernikahan yang dihadiri keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak itu turut menyaksikan pasangan mempelai memotong kek bertatahkan kristal Swarovski.

Majlis resepsi Amyra akan berlangsung malam esok di lokasi sama, manakala majlis menyambut menantu di sebelah pihak keluarga lelaki pula akan diadakan di Ampang, Selangor pada 19 November ini.

Bagi majlis persandingan esok, pasangan mempelai bersepakat untuk memilih tema Black Glam, sementara majlis di Ampang pula menggunakan tema Tradisional. - BHarian

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar