BoBoiBoy Galaxy Musim Baru di TV3

BoBoiBoy Musim Baru

BoBoiBoy Galaxy bakal bersiaran setiap Jumaat bermula 25 November ini, pukul 5 petang di TV3. Drama animasi popular BoBoiBoy Galaksi musim baharu lebih mengutamakan nilai persahabatan selain tiada dialog kasar yang boleh mempengaruhi minda kanak-kanak.

Sinopsis BoBoiBoy Galaxy

BoBoiBoy Galaxy yang bakal disiarkan di TV3 ini mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza.

Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari watak-watak jahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan semula BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang, dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20Episod 21
Episod 22Episod 23Episod 24Episod 25Episod 26Episod 27Episod 28

Dipantau Teliti

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata, pemantauan teliti dilakukan pada setiap dialog dalam setiap watak agar tidak terlepas perkataan yang memberi mesej negatif.

"Saya akan baca dan pantau beberapa kali dialog yang digunakan supaya tiada satu pun yang memberi maksud tidak baik dan kasar kepada penonton khususnya kanak-kanak.

Episod BoBoiBoy Galaxy

"Ia pernah terjadi pada musim sebelum ini apabila kami terlepas perkataan "tidak guna" dan ia menjadi ikutan kanak-kanak. Kami juga mendapat maklum balas daripada pihak ibu bapa yang tidak senang dengan perkara itu.

"Jadi, saya terpaksa menyunting semula dan membuang semua perkataan tersebut pada episod-episod yang belum ditayangkan ketika itu," ujarnya kepada mStar Online.

Mohd Nizam ditemui pada majlis pelancaran siri animasi BoBoiBoy Galaxy yang diadakan di GSC Pavilion, Rabu.

Selain itu, Nizam berkata, tiada juga adegan bersentuhan antara lelaki dan perempuan serta elemen percintaan dalam animasi popular itu.

"Kami hanya mahu menerapkan nilai persahabatan sahaja dan tidak ada elemen drama atau bersentuhan," ujarnya.

Rebranding Semula

Sementara itu, Nizam berkata, dia turut menggunakan judul baharu BoBoiBoy Galaxy bagi penjenamaan semula siri berkenaan.

Katanya, perkara tersebut dilakukan bagi memudahkan siri animasi itu dijual di luar negara.

"Kita menjenamakan semula siri ini dengan menampilkan imej baru yang lebih besar dan menarik.

"Ia dilakukan selepas mendapat maklum balas sebelum ini daripada negara-negara luar yang menganggap imej tersebut terlalu kecil dan tidak sesuai dengan kanak-kanak berusia 10 tahun," ujarnya.

Sementara itu, Nizam berkata, mereka turut memilih kumpulan Bunkface bagi menyanyikan lagu tema animasi tersebut berjudul Dunia Baru. -MStar

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar