Doakan Anak Saya Pulih - Cikgu Siti Hajar

afif anak cikgu siti hajar kemalangan

Menurut Siti Hajar, Afif yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur masih kritikal dan belum sedarkan diri.

Anak bongsu guru vokal terkenal Siti Hajar Ismail, Muhammad Afif Abdul Halim, 16, terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi Isnin lalu di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

Katanya, Afif sudah menjalani pembedahan kecil memasukkan tiub dalam kepala petang semalam bagi memantau keadaannya.

“Saya mendapat penggilan kira-kira jam 2.30 pagi yang mengatakan Afif kemalangan. Ketika itu saya baru selesai urusan kerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Doktor memaklumkan keadaan dia sangat kritikal kerana ada darah beku dalam otak dan tekanan pada bahagian itu sangat tinggi.

“Buat masa ini, doktor mahu pastikan keadaannya stabil sebelum mengambil langkah rawatan seterusnya,” katanya.

Siti Hajar berkata doktor memaklumkan tidak pasti bila anaknya kembali sedar.

“Menurut doktor kami sekeluarga tidak boleh berharap Afif sedar dalam waktu terdekat. Malah, setiap kali melihatnya kami tidak digalakkan bercakap kerana bimbang akan memberi tekanan pada otaknya.

“Doktor minta saya bersabar dan banyakkan berdoa. Dalam masa sama doktor akan berusaha memastikan dia tidak terlalu lama berada dalam keadaan koma,” kata Siti Hajar yang memohon orang ramai mendoakan anaknya kembali pulih. - HMetro

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar