Drama Legend of The Blue Sea lakonan Lee Min Ho

Legend of The Blue Sea Drama

Drama bersiri 20 episod Legend of The Blue Sea ini diilhamkan oleh penulis tersohor, Park Ji Eun (My Love from The Star dan pengarah Jin Hyuk (The Master’s Sun, City Hunter) disiarkan secara eksklusif menerusi ONE HD (saluran 393).

Drama terbaru lakonan pelakon terkenal Korea, Lee Min Ho, Legend of The Blue Sea menjadi fenomena selepas dua episod pertamanya ditayangkan.

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20

Menerusi laporan Nielsen Korea, drama tersebut berjaya memecahkan rekod drama paling popular Descendants of The Sun (DOTS) dengan mendapat rating sebanyak 16.4 peratus.

Manakala DOTS rekod DOTs pula ialah 14 peratus selepas dua episod pertama drama tersebut ditayangkan awal tahun ini.

Sementara itu, penonton juga memuji keserasian dan keberkesanan lakonan Lee Min Ho bersama heroinnya Jun Ji Hyun menerusi drama tersebut.

Rating Legend of The Blue Sea dijangka semakin meningkat selepas mendapat reaksi dan komen positif penonton.

Legend of The Blue Sea

Sinopsis Drama

Drama ini mengisahkan tentang percintaan seorang puteri duyung terakhir dunia dengan jejaka yang merupakan pemnyelamatnya.

Duyung (Jun Ji Hyun) cuba untuk menyesuaikan dirinya di dunia manusia selepas dikurniakan sepasang kaki. Bagaimanapun tanpa diduga penyelamatnya (Lee Min Ho) merupakan seorang penipu yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit.

Pelbagai perkara mencuit hati yang berlaku sepanjang tempoh perkenalan mereka berdua.

Jangan lupa saksikan Legend of The Blue Sea yang bersiaran setiap Khamis dan Jumaat, jam 8.10 malam secara eksklusif di ONE HD (saluran 393). - AGempak

+ comments + 7 comments

25 November 2016 2:44 PG

5 bintang

25 November 2016 10:12 PTG

terbaik

26 November 2016 4:57 PTG

terbaik la admin...blh x..update skali cter the k2??tq...klau blh...

27 November 2016 1:13 PG

best cita ni

28 November 2016 6:12 PTG

best

30 November 2016 6:01 PTG

saya setuju dgn nurul atiqah, boleh tak kalau admin upload cerita k2 sekali. terima kasih untuk legend of the blue sea ini. harap lebih banyak lagi drama korea di website kepala bergetar ini. terima kasih.

3 Disember 2016 7:29 PG

Tq kepala bergetar adakan korea drama dalam ni. Hope fully lepas ni byk lagi drama korea yg akan ada di website kepala bergetar. Happy sgt. Tq ao much

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar