Drama Sayang Papa Saya Tak? lakonan Hisyam Hamid dan Emma Maembong

Hisyam Emma

Drama Sayang Papa Saya Tak? adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul. Buat masa ini drama tersebut masih dalam pengambaran. Diterbitan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan pengarah Amie Maziah Abdul Rahman.

Para Pelakon

  • Hisyam Hamid
  • Emma Maembong
  • Aida Khalida,
  • Wan Sharmila
  • Izara Aisha
  • Eleena Sui
  • Fahad Iman
  • Luqman Hafidz

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16

Sinopsis (versi novel)

Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

Nantikan drama Sayang Papa Saya Tak? yang bakal ditayangkan pada 9 Januari 2017 di saluran Astro Ria (104) dan HD (123).

+ comments + 17 comments

26 Januari 2017 8:03 PTG

Cerita ni buat hidup sy happy...bila stress tgk citer ni mmg hilang stress..sbb gaduh2 comel..bkn la conflicf memanjang

26 Januari 2017 11:54 PTG

btul3

27 Januari 2017 6:27 PG

Best cerita ni pelakon pun memang terbaik..tak sabar nak tgk episode seterusnya

27 Januari 2017 4:53 PTG

emma ni bukan dh bertudung ke. tapi kena berpegangan tangan lagi? ke ada letak sesuatu kat tangan tu. sorry la menanya ye

28 Januari 2017 7:20 PTG

tambah lah scene betul betul sedih. pastu baru letak sweet sweet . nanti penonton terharu baru best . cadangan jee ✌✌

31 Januari 2017 4:17 PTG

Sweetnyeee.....

1 Februari 2017 12:57 PTG

bila tengok2 balik. drama2 astro ria ni lg best dari drama tv3 pukul 7 yg tah hape2 byk jerr konfliknyerr.. bosan

2 Februari 2017 11:20 PTG

cerita tentang sifat kekeluargaan,sangat best..paling best lagu2 yg jadi filler dlm drama ni..tahniah kpd semua yg terlibat dlm menjayakan drama sayang papa saya tak..

2 Februari 2017 11:32 PTG

Best..xtekanan tgok cerita ni... nilah bru drama yg bg hiburan

3 Februari 2017 4:03 PG

Drama yg memuaskan. Semua watak dlm drama ini memainkan peranan yg berkesan dan banyak pengajaran yg berligar disebaliknya. Walaupun ceritanya ringan tetapi pengertiannya mantap. Seronok menontonnya. Syabas ASTRO kerana menghidangkan drama yg baik .πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸŒŸπŸŒŸπŸŒŸ

3 Februari 2017 11:12 PG

Terbaekk jalan cerita..awesome

3 Februari 2017 8:47 PTG

Semua Pelakon melakonkan watak dengan baik..xpuas tgk..tahniah semua especially emma & hisham

3 Februari 2017 8:57 PTG

Pandai emma dan hisyam berlakonπŸ˜€πŸŽŠπŸŽ‰

3 Februari 2017 11:29 PTG

#emasyam#sayang papa saya tak raya#please astro

8 Februari 2017 5:30 PTG

drama untuk famili. dah lama saya tak minat drama Melayu...
best sangat drama ni. good casting and chemistry between the lead sangat baik.

Highly recommended to watch.very entertaining .

8 Februari 2017 5:32 PTG

Very entertaining . A must Malay family Drama to watch.
Good casting.Best Chemistry among the lead.

Like it to the max!


13 Februari 2017 9:37 PTG

Harap sangat ada sambungan

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar