Kad undangan perkahwinan Lufya dan Dr Hafiz


"Alhamdulillah, setakat ini persiapan hampir selesai, cuma sibuk menguruskan pengedaran kad. Terima kasih kepada syarikat Kadkahwinsweetswet yang sudi menaja kami. "Tinggal kira-kira dua minggu lagi untuk hari bernikah, berdebar dibuatnya. Doakan majlis kami berjalan lancar," katanya.

Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar, 31, mula mengedarkan kad undangan perkahwinan dengan doktor kacak, Che Muhammad Hafiz yang bakal diadakan di Laman Cinta Nirwana, Ampang, pada 26 November depan.

Lufya atau nama penuhnya, Lutfyah Sheikh Omar memberitahu, majlis akan diadakan secara sederhana dengan dihadiri 400 jemputan merangkumi keluarga, rakan dan media.

Lufya bertunang dengan Dr Hafiz pada akhir Ramadan lalu. Mengikut perancangan, upacara akad nikah akan diadakan pada jam 8 malam disusuli majlis resepsi meraikan mempelai.

Lufya yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim keenam berkata, dia dan tunangnya mahu mengadakan majlis sederhana dan tidak berlebihan.

Dalam perkembangan lain, Lufya bersama rakan artis seperti Emma Maembong, Nazrief Nazri, Aishah Ilias, Siti Saleha dan Shukri Yahya akan menyertai kempen Drama Sangat Bus anjuran TV3 di Melaka dan Johor selama tiga hari mulai Jumaat ini.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar