Senarai 30 Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 31

Separuh Akhir

Peringkat separuh akhir Muzik Muzik 31 akan berlangsung selama dua minggu iaitu pada 4 dan 11 November ini secara langsung di Sri Pentas 2, Shah Alam dekat sini. Anugerah Juara Lagu akan diadakan pada 22 Januari 2017.

Sebanyak 30 buah lagu terbaik dipilih ke peringkat separuh akhir Muzik-Muzik untuk merebut 12 tempat terakhir Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31).

Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, tahun ini bakal memperlihatkan persaingan bukan sahaja pemuzik arus perdana tetapi juga underground seperti YouTube dan media sosial.

Video SFMM31 - Minggu 1
Video SFMM31 - Minggu 2

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu Pertama)

1. Takkan Pergi - Hyper Act
2. Sudah Ku Tahu - Projector Band
3. Hang Pi Mana – Khalifah
4. Hamcur Aku - Estranged Feat Fazura
5. Terakhir - Sufian Suhaimi
6. Setia - Elizabeth Tan Feat Faizal Tahir
7. Katakan - Harris Baba
8. Demi Cinta - Ezad Lazim
9. Mencinta – Azhael
10. Kekal Bahagia - Ippo Hafiz
11. Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah
12. Ragu-Ragu - Tasha Mansahar & Syed Shamin
13. Seperti Novel Cinta - Shiha Zikir
14. Cinta Sukar Ditafsirkan - Mal Imran
15. Mungkin Saja - Janna Nick
16. Berat - Mark Adam
17. Ada Saja - Amyra Rosli Feat Juzzthin & Waris

Persembahan Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir (Minggu Kedua)

1. Di Amaran Mama - Hazama & The Penglipur Lara
2. Obses - Akim & The Majistret
3. Polaroid - Sakura Band
4. Hidup Dalam Mati – Syamel
5. Hingga Ke Jannah – KRU
6. Seindah Mimpi - Jaclyn Victor
7. Pencuri Hati - Ayda Jebat
8. Terimaku Seadanya - Misha Omar & Hafiz Suip
9. Ku Rela Dibenci - Aiman Tino
10. Selamanya Cinta - Alif Satar & Shila Amzah
11. Kalah Dalam Menang - Syamsul Yusof & Mawi
12. Romeo – Stacy
13. Anugerah Terindah - Black

"Muzik-Muzik masih relevan dan mendapat sokongan padu dari para pengkarya seni tanah air.

"Tahun ini juga kami bukan sahaja menyokong artis dan pemuzik mainstream tetapi juga yang bergiat aktif secara underground seperti di Youtube dan media sosial untuk bertanding," katanya kepada mStar Online.

Sherina ditemui pada sidang media finalis Muzik-Muzik Separuh Akhir Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Sherina berkata, kesemua lagu yang melayakkan diri telah dipilih melalui undian penonton.

Katanya, tahun ini juga konsep Showcase Muzik-Muzik juga diperkenalkan bagi memberi jalan pintas kepada lagu untuk mara secara automatik ke peringkat separuh akhir.

"Showcase Muzik-Muzik diperkenalkan pada Mac sehingga Ogos lalu dan ia memberi peluang kepada lima lagu untuk mara ke separuh akhir.

"Lagu berkenaan adalah Darah Muda (Bunkface), Hidup Dalam Mati (Syamil), Obses (Akim & The Majistret), Sudah Ku Tahu (Projector Band) dan Hang Pi Mana (Khalifah)," katanya.

Sementara itu, Sherina berkata, lagu Darah Muda nyanyian Sam Bunkface tidak menyertai pertandingan itu selepas pihak berkenaan menarik diri dan ia digantikan dengan Demi Cinta oleh Ezad Lazim.

Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir bakal dihoskan oleh Fara Fauzana dan Fizie manakala Amelina, Haiza dan Sarah Fazny bakal mengadakan persembahan istimewa.

Peminat yang ingin hadir ke siaran langsung berkenaan juga boleh mendapatkan tiket di kaunter Polis Bantuan Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 3 dan 10 November ini.

Sebanyak 17 daripada 30 lagu yang bertanding di separuh akhir Muzik Muzik 31 sudah dipersembahkan dalam saingan minggu pertama di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Jumaat lalu.

Lagu yang dipertandingkan ialah Takkan Pergi (Hyper Act), Sudah Ku Tahu (Projector Band), Hang Pi Mana (Khalifah), Hancur Aku (Estranged feat Fazura), Terakhir (Sufian Suhaimi), Setia (Elizabeth Tan feat Faizal Tahir), Katakan (Harris Baba) dan Demi Cinta (Ezad Lazim).

Turut bertanding ialah Mencinta (Azhael), Kekal Bahagia (Ippo Hafiz), Lelaki Teragung (Dayang Nurfaizah), Ragu-Ragu (Tasha Manshahar feat Syed Shamim), Seperti Novel Cinta (Shiha Zikir), Cinta Sukar Ditafsirkan (Mal Imran), Mungkin Saja (Janna Nick), Berat (Mark Adam) dan Ada Saja (Amyra Rosli feat Juzzthin & W.A.R.I.S).

Biarpun semuanya memberikan persembahan terbaik dan menghiburkan, tiada siapa boleh menarik nafas lega kerana penerbit belum mengumumkan siapa yang layak untuk ke final Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL) pada 22 Januari tahun depan.

Daripada jumlah itu, hanya 12 lagu terbaik akan dipilih dan keputusan muktamad hanya diketahui pada saingan kedua separuh akhir Muzik-Muzik 31, Jumaat ini.

Mereka yang bertanggungjawab memilih 12 lagu terbabit ialah juri profesional yang diketuai Datuk Ramli MS, Johan Nawawi, Habsah Hassan, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Yassin Sulaiman, AG Coco dan Azlan Typewriter.

Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 31, Nurhul Huda Khalid berkata, kelainan dibuat dengan tidak mengumumkan lagu yang dirasakan layak ke AJL31 pada minggu pertama ini.

“Biasanya, kami ada tiga minggu untuk saingan separuh akhir, tapi untuk tahun ini kami hanya buat dua minggu. Jadi kami buat keputusan untuk umumkan semuanya pada minggu kedua sahaja. Ia sekali gus ini membuatkan penonton ternanti-nanti siapa yang layak ke AJL. Sudah pasti separuh akhir kedua Muzik-Muzik akan berjaya menarik lebih banyak tontonan.

“Perkara ini sudah dirancang dari awal, tapi kami sengaja merahsiakannya daripada semua termasuk artis,” katanya.

Minggu pertama separuh akhir Muzik Muzik 31 juga gamat dengan persembahan Mark Adam yang dibotakkan kepalanya ketika menyanyikan lagu Berat.

Mark ketika ditemui berkata, dia berbuat demikian bagi menimbulkan kesedaran masyarakat terhadap penyakit kanser.

“Bapa saya meninggal dunia akibat kanser. Idea ini tercetus seminggu sebelum pertandingan berlangsung. November adalah bulan kesedaran untuk pesakit kanser prostat, jadi persembahan ini ditujukan kepada mereka dan juga bapa yang meninggal dunia akibat penyakit itu.

“Sekiranya gagal menarik perhatian juri, saya tak kisah kerana tujuan utamanya untuk menyuntik kesedaran penonton berkenaan penyakit kanser. Jika terpilih ke pentas AJL pula, saya sudah ada idea lain sebagai gimik,” katanya.

Mark juga mengakui tumpuannya ketika menyanyi agak terjejas kerana memikirkan risiko antaranya adakah rambutnya sempat selesai dicukur sebelum lagu berdurasi empat minit itu selesai.

“Kalau lagu ini berpeluang masuk ke AJL saya sangat bersyukur dan sekiranya gagal, saya tetap terima dan teruskan perjuangan dalam seni. Saya tak anggap membotakkan kepala akan mengganggu kerjaya saya kerana hanya perlukan masa sebulan untuk rambut panjang semula,” katanya.

Sementara itu, Dayang pula mengakui tidak terkejut dengan gimik yang dibuat TV3 dan mengakui perasaannya lega selepas membuat persembahan.

“Semua terpulang kepada nasib masing-masing. Saya dah buat yang terbaik. Sesiapa yang layak adalah ketentuan rezeki. Sekiranya layak saya anggap itu bonus,” katanya.

Persembahan kumpulan Projector Band dengan lagu Sudah Ku Tahu mendapat tepukan gemuruh daripada peminat.

Bagaimanapun mereka tidak mahu terlalu yakin dan menyerahkan keputusannya kepada juri.

“Kami memang ‘all out’ untuk peminat dan kalau layak kami pasti akan gembira. Sebenarnya, kami sendiri tak fikir akan sampai ke tahap ini. Lagu ini diterima peminat pun dikira satu kejayaan besar,” kata mereka yang berlatih setiap hari untuk persembahan itu.

Sementara itu, Hyper Act pula mengakui mahu mengulangi kejayaan yang dikecapi seperti pada AJL 28 sekiranya berpeluang.

“Kami tampilkan 100 peratus muzik asli seperti dalam rakaman. Kami hanya pilih paparkan video muzik lagu ini yang mendapat tontonan 12 juta peminat sebagai latar belakang. Kalau berjaya ke AJL barulah kami akan ubah persembahan agar lebih menarik,” katanya.

Penyanyinya Kecik Ogie mengakui agak gementar kerana ini pengalaman pertamanya beraksi di pentas separuh akhir Muzik-Muzik.

“Ini pertandingan dan suasananya berbeza daripada show biasa. Saya menyanyi ikut susunan asal tanpa apa-apa perubahan. Saya pun dah buat yang terbaik dan serahkan pada rezeki,” katanya.

+ comments + 2 comments

2 November 2016 2:58 PTG

betul ke tiket 3 hb baru leh amik ?

9 November 2016 10:16 PG

All the best aiman tino,, harap2 lah adk aiman masuk semi final..

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar