Syarat Terkini Kemasukan SBP Tingkatan 1

Syarat Terkini Kemasukan SBP Tingkatan 1

Syarat Terkini Kelayakan Akademik Kemasukan SBP Tingkatan 1

Ramai sedia maklum keputusan UPSR yang diumumkan pada 17 November 2016 lalu memberi keputusan pengurangan peningkatan prestasi akademik pelajar beritkutan format UPSR yang baru.

Untuk rekod pelajar yang berjaya mendapat semua A iaitu 6A hanya sekitar 1.12 peratus atau hanya seramai 4,896 pelajar. Lanjutan daripada itu, KPM telah mengeluarkan satu kenyataan media yang memaklumkan syarat dan kriteria baru pemilihan murid ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 2017.

Syarat Kelayakan Akademik dan Kriteria Pemilihan Pelajar

Berikut merupakan Syarat Kelayakan Akademik dan kriteria lain yang diambil kira dalam pemilihan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 tahun 2017.
  1. Sekurang-kurangya 3A dan 3B dalam UPSR
  2. Kedudukan (ranking) pemilihan dan penempatan murid ke SBP tidak bergantung semata-mata kepada pencapaian akademik sahaja
  3. Selain pencapaian akademik, skor merit pemilihan dan penempatan murid akan mengambil kira komponen Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Sekolah (PS) dan juga Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) yang diterangkumkan di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Kenyataan Media Kementarian Pendidikan Malaysia

Berikut keratan media KPM berkenaan dengan syarat dan kriteria terbaru dalam pemilihan murid ke Tingkatan 1 SBP 2017.

Syarat kelayakan akademik ke SBP Tingkatan 1 Terkini

Kepada semua pelajar UPSR yang telah membuat memohon secara online, didoakan semoga berjaya memasuki SBP. Juga diharapakan syarat dan kriteria pemilihan ini boleh dijadikan panduan buat ibu bapa dan pelajar dalam membuat permohonan mereka.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar