Emma Risau Pertama Kali Digandingkan

Sayang Papa Saya Tak?

Aktres jelita itu berkongsi, drama bersiri itu dijangka selesai penggambaran pada 11 Disember ini. Emma dan Hisyam memegang teraju utama dalam drama rantaian adapatasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hani Ramsul yang bakal disiarkan, Februari depan.

Timbul kegusaran dalam benak pelakon, Emma Maembong sebaik menerima tawaran menjayakan projek drama rantaian bersama gandingannya, Hisyam Hamid, 31.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 24, berkata, kerisauan itu timbul kerana dia pertama kali digandingkan dengan Hisyam yang berstatus suami orang.

"Saya berdebar sebelum memulakan penggambaran. Saya belum sempat mengenali karakter Hisyam. Sebelum ini, kami hanya bersua muka di majlis saja.

"Biarpun berlakon, saya tidak mahu bertindak keterlaluan di mana dialog atau aksi boleh menyinggung hati isteri Hisyam, Melrose," katanya.

Emma berkata, dia bersyukur kerana isteri Hisham yang disapanya Kak Mel, cukup sporting dan memahami kerja mereka.

"Pernah Kak Mel sendiri yang memberi cadangan untuk 'mencantikkan' lagi adegan kami. Dia juga membetulkan tudung dan pakaian saya. Hisyam pula biarpun tampak serius, sebenarnya dia kelakar," katanya.

Drama bersiri arahan Amie Maziah terbitan Suhan Movies & Trading itu turut menampilkan Aida Khalida, Wan Sharmila, Luqman Hafidz dan ramai lagi. - BHarian.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar